Trusted by 1M+ creators
Pemotong Audio
Potong, pisah, susun semula audio dalam talian. Simpan dalam format audio pilihan anda
Tiada kad kredit diperlukan

4.6
2,100+ Ulasan















Potong, pisah, pangkas dan sunting audio dalam talian
VEED ialah penyunting video dalam talian yang juga membolehkan anda menyunting fail audio dan menyimpannya dalam format audio yang anda suka. Perisian penyuntingan audio kami membolehkan anda memotong, memisah, memangkas dan menyusun semula klip audio anda. Hanya muat naik fail audio anda, gunakan alat Pisah kami dan hapuskan bahagian yang anda tidak perlukan! Sangat mudah untuk digunakan. Anda tidak perlu menjadi pengadun bunyi profesional atau juruteknik audio.
Semasa anda menggunakan aplikasi VEED, anda juga boleh menyunting video anda. Tidak perlu menggunakan berbilang aplikasi untuk semua keperluan penyuntingan audio dan video anda. VEED ialah perisian dalam talian jadi anda tidak perlu memasang apa-apa dalam peranti anda. Membuka akaun adalah pilihan tetapi melakukannya membolehkan anda menyimpan projek anda dalam satu tempat dan mengaksesnya pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.
Cara Memotong Audio:
Langkah 01
Muat naik fail audio anda
Muat naik audio anda ke VEED; anda boleh tarik dan lepas pada Garis Masa.
Langkah 02
Potong
Untuk memotong audio anda, hanya gerakkan peluncur ke mana-mana sahaja pada Garis Masa. Pilih alat Pisah. Kemudian hapuskan bahagian yang anda tidak perlukan.
Langkah 03
Simpan!
Klik Eksport dan simpan fail audio baru anda pada peranti anda!

Potong audio dalam talian dalam beberapa minit
Dengan VEED, anda tidak perlu meluangkan berjam-jam memisahkan, memangkas, dan memotong klip audio anda. Ia hanya mengambil masa beberapa minit berbanding aplikasi penyuntingan audio lain. Anda boleh memotong audio anda dengan hanya beberapa klik. Gerakkan peluncur di mana-mana pada Garis Masa dan klik pada alat Pisah; anda boleh memisahkan fail audio anda seberapa banyak yang anda perlukan. Pilih klip yang anda ingin potong dan tekan Hapus. Siap!

Susun semula klip audio
Anda boleh menyusun semula klip audio anda selepas memisahkan dan memotongnya dan simpan ia sebagai satu fail audio. Hanya tarik dan lepas klip supaya berada di sebelah satu sama lain. Anda juga boleh menambah fail-fail audio lain untuk mencipta runut baru sepenuhnya! Tambah muzik latar, kesan bunyi, suara latar dan banyak lagi.

Simpan dalam format audio yang anda inginkan
VEED membolehkan anda menyimpan fail audio anda dalam format yang anda inginkan sama ada ia MP3, WAV, dan jenis fail audio popular yang lain. Penyunting audio kami juga merupakan penukar audio. Tidak kita apa format yang audio anda muat naik, anda boleh menyimpannya dalam format yang anda pilih. Hanya pilih format pilihan anda dari pilihan eksport.
Soalan Lazim
Muat naik audio anda ke VEED dan gunakan alat Pisah untuk mengasingkan fail anda kepada berbilang klip video. Pilih klip yang anda tidak perlukan dan tekan Hapus!
VEED berfungsi dengan hampir semua format fail video. Berikut adalah beberapa sahaja: AVI GIF M4V MP4 MPG TikTok Video untuk e-mel Video iPhone Video Windows WEBM YouTube Video VEED juga berfungsi dengan format fail audio berikut: AAC FLAC M4A MP3 OGA OGG OPUS WAV WAVE
Sementara di luar sana ada banyak perisian penyuntingan audio percuma dan berbayar, VEED menyerlah kerana ia mudah digunakan dan praktikal. Dengan VEED, anda tidak perlu memasang aplikasi besar pada peranti anda. Anda boleh menyunting fail audio dan video anda dalam talian.
VEED berfungsi dengan sangat lancar pada telefon mudah alih. Ia sesuai dengan Android, iPhone dan semua peranti mudah alih. Apa yang anda perlukan ialah pelayar web.
Ya! VEED percuma untuk digunakan. Kami ada ciri-ciri tambahan untuk pelanggan Asas dan Pro kami tetapi kami mahu pastikan pengguna percuma kami boleh menikmati sebanyak mungkin produk secara percuma. Kami harap anda menikmati perkhidmatan penyuntingan video dan audio percuma! Lihat halaman harga untuk maklumat lanjut.
Trusted by 1M+ creators
Apabila bercakap tentang video yang menakjubkan, anda hanya perlukan VEED
Tiada kad kredit diperlukan

Lebih daripada pemotong audio
VEED ialah aplikasi penyuntingan video dan audio komprehensif yang menampilkan semua alatan penyuntingan yang anda perlukan. Ia adalah percuma dan dalam talian yang menjadikannya sangat mudah untuk digunakan berbanding aplikasi luar talian. Anda boleh mengakses projek anda dari sebarang peranti jika anda membuka akaun. Tukar fail audio, mampatkan, sunting, dan bersihkan klip audio anda! Selain itu, jika anda perlu menyunting video, anda tidak perlu melihat lebih jauh. Semuanya ada di VEED!