Trusted by 1M+ creators
Pangkas Video
Pangkas video anda dalam talian secara percuma. Tiada akaun diperlukan.
Tiada kad kredit diperlukan

4.6
2,100+ Ulasan















Pangkas Video Dalam Talian, Percuma!
Anda boleh memangkas fail video anda dalam talian dengan VEED, sama ada menggunakan iphone, android, windows, atau mac. Aplikasi penyuntingan video dalam talian percuma kami membolehkan anda memotong & memangkas video adna tanpa memuat turun sebarang perisian. Anda boleh mengubah saiz video supaya muat di sebaran platform media sosial (YouTube, Instagram, TikTok, Snapchat, Twitter dan banyak lagi). Cuma klik pada ‘Tetapan’ dan anda boleh memangkas video anda secara automatik untuk sosial. Anda boleh memangkas video zoom anda, video imovie, video premiere - dengan alat pemangkas video pro VEED memangkas video tidak pernah semudah ini. Pangkas serta-merta ke segi empat sama (1:1), YouTube (16:9), TikTok (9:16) dan banyak lagi!
Cara Pangkas Video

Langkah 01
Muat naik video anda
Pilih video anda dan muat naik. Anda boleh tarik & lepas atau pilih fail dari komputer atau peranti mudah alih

Langkah 02
Pangkas video
Cuma klik pada imej video dan tarik penjurunya untuk melaras. Atau klik ‘Tetapan’ dan pilih saiz kanvas pratetao (seperti ‘YouTube’, atau ‘Instagram Stories’) untuk memangkas secara automatik.

Langkah 03
Kongsi!
Itu sahaja. Anda bersedia untuk berkongsi video anda dengan kawan-kawan dan pengikut. Tekan ‘Eksport’ dan video anda akan mula dimuat turun.
Ketahui Lebih Lanjut
Tutorial ‘Pangkas Video’

Pangkas untuk media sosial
Anda boleh memangkas video anda untuk media sosial dengan hanya satu klik! Jangan habiskan berjam-jam memangkas setiap video untuk setiap platform sosial - gunakan saiz kanvas pratetap berguna untuk memangkas satu video untuk pelbagai platform berbeza dalam masa beberapa saat sahaja. Hanya pilih ‘Instagram’, ‘Snapchat’, ‘YouTube’, ‘Twitter’, ‘Pinterest’ atau sebarang platform dari Menu Tetapan dan lihat video anda dipangkas secara automatik supaya muat dengan setiap platform secara sempurna. Guna semula kandungan video anda untuk semua akaun sosial anda. Pemangkas video dalam talian terbaik!

Berfungsi dalam Pelayar anda
Alat pemangkas video VEED berfungsi dalam pelayar anda jadi tidak kira jika anda menggunakan chromebook dengan google chrome, macbook dengan safari dan iphone dengan ios atau pc dengan windows 10 - VEED berfungsi dalam semua platform dan dengan semua jenis fail video utama. MP4, MKV, MOV, AVI dan banyak lagi! VEED ialah aplikasi pemangkasan video serba guna yang berfungsi di mana-mana!

Padat dengan ciri!
Dengan VEED anda juga boleh memutar, bulatan (menganotasi), menambah kesan video, sari kata dan banyak lagi! Terdapat alat Skrin Hijau berguna yang membolehkan anda membuang latar belakang daripada video anda - sangat berguna untuk memangkas latar belakang panggilan perniagaan Zoom, atau mencipta kesan video menyeronokkan untuk media sosial. Anda juga boleh menggantikan latar belakang anda dengan sebarang imej. Cubalah sekarang - Alat Skrin Hijau VEED (Kunci Kroma)!
Soalan Lazim
Memangkas video adalah mudah. CUmat klik pada imej video dan tarik penjuru atau sisinya. Semudah itu! Anda boleh memangkas secara manual bahagian tertentu imej video atau anda boleh memangkas video secara automatik dengan pergi ke ‘Tetapan’ dan memilih satu daripada saiz kanvas pratetap kami dari menu ke bawah - Facebook Covers, Instagram Stories, LinkedIn Landscape & Portrait dan banyak lagi!
Pemangkasan Video merujuk kepada membuang sebahagian daripada imej video, manakala Pemotongan Video merujuk kepada menjadikan video lebih pendek. Untuk Memotong video anda, apa yang anda perlukan adalah memilih video pada garis masa dan klik dan tarik hujungnya supaya lebih pendek. Anda juga boleh klik ‘Pisah Video’ jika anda ingin membuang satu bahagian dari tengah. Sangat mudah!
VEED sesuai dengan hampir semua jenis fail video. Berikut hanyalah beberapa jenis. Jika anda tidak nampak jenis fail anda disenaraikan di bawah, cuba muat turun ke VEED kerana kami sesuai dengan hampir semuanya: AVI, FLV, GIF, MKV, MOV, MP4, MPG, Skype Video, Snapchat Video, Twitter Video, Video Android, Video Chromebook, WEBM, WMV, YouTube Video
Ya! Ia sangat mudah untuk menambah kesan video pada video yang dipangkas. Hanya klik pada ‘Penyaring’ dan dari sana anda akan boleh menambah Penggredan Warna dan Kesan. Terdapat banyak kesan untuk dipilih - seperti VHS, Glitch Effect, Black & White, Sepia, Old Movie dan banyak lagi!
Ya! Anda boleh memutarkan video dengan mudah dengan mengklik pada imej video dan menyeret Alat Pemutar (⟳). Atau anda boleh klik pada video, klik ‘Laras’ dan pilih putaran tepat dengan jumlah darjah. Flip video potret ke landskap dan sebaliknya dengan memilih putaran 90 darjah. Mudah!
Tidak! Anda boleh memilih dengan tepat tetapan kualiti yang anda ingin pada video yang dieksport dan tiada kehilangan kualiti akan wujud. Anda boleh eksport sebagai 4k, 1080p, 480p, dll. VEED mengeksport video HD berkualiti tinggi pantas dari pelayan berasaskan awan kami. Pangkas dengan yakin untuk memastikan kualiri video anda tidak berkurang!
Trusted by 1M+ creators
Apabila bercakap tentang video yang menakjubkan, anda hanya perlukan VEED
Tiada kad kredit diperlukan

Lebih daripada Pemangkas Video
VEED ialah suite penyuntingan dalam talian berkuasa yang memberikan anda alat dan ciri yang anda perlukan untuk mencipta video mengagumkan untuk media sosial dan seterusnya. Anda boleh sunting klip anda dengan kesan, teks, zoom, anotasi, pelekat (emoji), bentuk, imej dan banyak lagi. Berikan video anda suntingan professional dengan penyunting video dalam talian VEED. Ia percuma!