Trusted by 1M+ creators
Tambah Foto pada Video
Tambah imej, foto, logo pada video anda dalam talian
Tiada kad kredit diperlukan

4.6
2,100+ Ulasan















Tambah gambar pada video anda dalam talian dengan mudah
Gabungkan video dengan imej dengan mudah secara dalam talian menggunakan penyunting video percuma VEED. Menambah imej pada video anda boleh membantu anda mereka video anda dengan lebih kreatif. Dengan hanya satu klik, anda boleh memuat naik video anda dan menambahkan seberapa banyak imej yang anda suka. Anda boleh mengubah saiz, mengerat, memutar, menyusun semula dan menyunting imej anda. Mungkin anda mahu menambah gambar, logo, atau tera air. Ia mudah dengan VEED! Garisan snap interaktif yang intuitif dan pergerakan sempurna piksel menggunakan kekunci anak panah anda bermakna imej anda mudah dialihkan tepat ke tempatnya.
Cara Meletakkan Gambar pada Video
Langkah 01
Pilih video anda
Pilih video untuk muat naik. Klik sahaja pada ‘Pilih Video’. Anda juga boleh tarik dan lepas fail anda ke dalam penyunting.
Langkah 02
Tambah foto
Klik pada ikon tambah (+) di sebelah bawah kanan skrin atau klik pada Muat Naik di menu kiri. Pilih fail imej dan klik Buka. Sunting video dan imej mengikut kehendak anda.
Langkah 03
Eksport
Sekarang anda boleh muat turun video anda. Hanya klik pada ‘Eksport’ dan siap!
Ketahui Lebih Lanjut
Tutorial ‘Tambah Foto ke Video’

Cipta video-video penceritaan yang menyeronokkan dan bermaklumat
Memasukkan foto ke dalam video anda akan membantu anda menceritakan kisah unik, menarik perhatian penonton dan meningkatkan penglibatan anda di media sosial. Ia bagus untuk mencipta video pemasaran atau sekadar berkongsi detik istimewa yang dirakam kamera bersama rakan-rakan anda. Tambah imej produk anda atau menu perkhidmatan, logo dan tera air. Anda boleh menambah seberapa banyak imej yang anda mahu dan ia sangat mudah dilakukan! Hanya muat naik video dan foto anda, sunting sebagaimana yang anda mahu dan eksport video baru anda. Penyunting video kami menyokong semua jenis fail imej popular termasuk .PNG, .JPEG, .TIFF dan semua format fail video termasuk .MP4, .MOV, .WEBM dan banyak lagi.

Letak imej di mana-mana pada garis masa
VEED mempunyai antara muka pengguna yang intuitif dan garis masa video yang mudah digunakan - juga dipanggil sebagai papan cerita. Anda boleh pilih bila dan di mana anda mahu imej anda muncul dalam video anda serta berapa lama ia akan berada di skrin. Setiap imej yang anda muat naik akan mempunyai lapisannya sendiri pada garis masa. Hanya tarik dan lepas setiap lapisan foto di mana-mana anda mahu. Letakkan imej anda di mana-mana pada bingkai video. Anda boleh letakkannya di tengah, di penjuru, atas atau bawah. Putar, potong dan ubah saiz foto anda mengikut cara yang anda suka. VEED memaparkan garis snap untuk membantu anda meletakkan dan menjajarkan gambar anda dengan sempurna pada kanvas video.

Penyunting video dalam talian percuma
Dengan VEED, anda akan mendapat akses untuk menyunting video-video anda mengikut kreativiti anda. Anda bukan sahaja boleh menambah imej tetapi anda juga boleh menambah teks, sari kata, audio, emoji dan banyak lagi. Gunakan kesan kamera dan penyaring untuk menjadikan video anda tampak profesional. Anda boleh memutar dan mengerat video anda, memisahkan, memotong dan memangkasnya. Ia memberikan anda lebih banyak kebebasan untuk berkreatif berbanding Windows Movie Maker yang mempunyai fungsi terhad. Tiada kepakaran atau pengalaman menyunting video diperlukan. Semua alatan kami membolehkan anda menyeret dan meletakkan elemen jadi anda boleh menguasai semua ciri dalam masa beberapa minit sahaja. Ia percuma jadi anda tak perlu bayar aplikasi mahal seperti Adobe Premiere Pro.
Soalan Lazim
VEED membolehkan anda menambah foto ke dalam video anda dengan cepat dan mudah. Hanya klik pada Muat Naik atau ikon tambah (+) dalam penyunting dan pilih imej yang anda mahu dari folder anda.
Menambah foto pada video anda di VEED adalah percuma! Malah anda tidak perlu membuka akaun. JIka anda memutuskan untuk membuka akaun, anda akan boleh menyimpan semua projek dalam satu tempat dan menyuntingnya pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja!
Perisian suntingan video kami adalah berasaskan pelayar sepenuhnya jadi anda boleh menyunting video anda secara dalam talian. Tidak perlu memasang aplikasi. VEED sesuai dengan semua pelayar popular seperti FireFox, Google Chrome, Safari dan banyak lagi.
VEED berfungsi dengan sempurna dengan iPhone, Android, dan semua peranti mudah alih. Ia sesuai dengan komputer Mac, Linux, dan Windows. Tambah foto ke video anda dan akses semua alatan menyunting video terus dari pelayar mudah alih anda.
Anda boleh meletakkan teks atau kapsyen dengan mudah pada foto dalam video anda dengan mengklik pada alat ‘Teks’ di menu kiri. Pilih dari pelbagai fon dan sesuaikan saiz, warna dan gaya teks anda.
Ketahui lagi
Trusted by 1M+ creators
Apabila bercakap tentang video yang menakjubkan, anda hanya perlukan VEED
Tiada kad kredit diperlukan

Lebih daripada menambah foto pada video anda
Penyunting video kami adalah perisian dalam talian yang hebat yang membolehkan anda melakukan lebih daripada sekadar menambah foto pada video anda. Ia percuma