Trusted by 1M+ creators
Rakam-Siar Skrin
Tangkap skrin anda dan kongsi kandungan anda; dalam talian. Percuma
Tiada kad kredit diperlukan

4.6
2,100+ Ulasan















Perisian Rakam-Siar Skrin Mudah Guna
Gunakan aplikasi tangkap skrin VEED untuk merakam kamera web, skrin dan audio. Anda boleh menangkap keseluruhan skrin komputer anda, tetingkap, atau tab pelayar. Pilih daripada susun atur berbeza dan sesuaikan video anda. VEED ialah perisian rakaman skrin percuma terbaik untuk profesional dan pemula. Gunakannya untuk panduan permainan video, sistem pengurusan pembelajaran untuk pelajar dan banyak lagi. Anda juga boleh menyunting rakaman anda menggunakan penyunting video ringkas dan percuma. PASANG SAMBUNGAN CHROME KAMI untuk merakam-siar skrin dari pelayar anda!
Cara Rakam-siar Skrin:
Langkah 01
Pilih susun atur
Pilih daripada senarai susun atur (anda mungkin perlu mengklik kebenaran ‘Benarkan’ untuk mengakses skrin, kamera atau mikrofon). Anda boleh merakam skrin anda sahaja, kamera anda, atau kedua-duanya sekali pada masa yang sama!
Langkah 02
Mulakan rakaman
Klik butang merah untuk mulakan rakaman! Anda akan nampak kiraan detik sebelum rakaman bermula. Jangn bimbang jika timbul masalah. Anda mempunyai masa dan ulangan tanpa had. Anda boleh pergi ke halaman lain dan jangan bimbang, anda masih merakam.
Langkah 03
Semak, sunting dan eksport
Anda boleh memainkan semula rakaman untuk menyemaknya, klik ‘Kongsi’ untuk berkongsi dengan rakan-rakan dan teman sekerja, atau ‘Sunting’ untuk menyunting video anda (sesuai untuk menambah teks, sari kata dan sentuhan profesional pada rakaman skrin anda)
Ketahui Lebih Lanjut
Tutorial ‘Rakam-Siar Skrin’
Peribadikan, sesuaikan dan mulakan rakaman!
Perakam-siar skrin dalam talian VEED membolehkan banyak penyesuaian. Pilih bentuk kamera anda dan pilih kamera web dan susun atur skrin berbeza. Cuba tema dan latar belakang berbeza, tambahkan slaid, dan banyak lagi. Jika anda hanya perlu merakam audio anda, anda boleh memilih daripada berbilang pentampak muzik! Ia sesuai dengan Mac dan Windows. Anda boleh merakan tab pelayar, tetingkap, atau keseluruhan skrin anda. Apabila selesai, sunting video anda menggunakan penyunting video percuma di mana anda juga boleh menambah muzik tanpa royalti daripada Perpustakaan Stok.
Rakam-Siar Skrin Dipermudahkan
Perisian rakam-siar skrin kami direka untuk menjadikan semuanya mudah untuk professional dan pemula. Apabila anda menekan rakam, anda akan nampak pemasa kiraan detik untuk mengingatkan anda bila rakaman bermula. Bagi memastikan bahawa audio anda diterima, lihat ikon mikrofon kecil di bawah skrin anda. Ia harus diswagerakkan untuk menunjukkan audio anda sedang dirakam. Ia hanya memerlukan beberapa klik untuk memulakan rakaman skrin anda!
Alat rakaman skrin percuma dan mudah guna
Perakam-siar skrin dan penyunting video kami adalah percuma untuk digunakan dan mesra-pemula. Walau bagaimanapun, jika anda perlukan untuk merakam video yang lebih lama, anda mungkin perlu melanggan pelan premium kami. Lihat Halaman Harga untuk melihat pelan yang sesuai dengan keperluan anda. Ia sangat mudah digunakan. Ia hanya memerlukan beberapa klik!
Soalan Lazim
Aplikasi rakam-siar skrin VEED adalah percuma untuk digunakan. Namun begitu, jika anda perlu merakam video yang lebih panjang, anda mungkin perlu mendaftar pelan premium kami. Anda boleh semak Halaman Harga kami untuk maklumat lanjut.
Rakam-siar skrin menggunakan perisian yang membolehkan anda merakam dan berkongsi skrin anda, klip video atau audio dari peranti anda.
Sangat mudah! Klik pada Mulakan Rakaman, pilih susun atur anda, peribadikan tetapan anda dan rakam-siar skrin anda.
Dengan VEED, anda boleh rakam-siar skrin dari komputer meja atau peranti mudah alih!
Ketahui lagi
Trusted by 1M+ creators
Apabila bercakap tentang video yang menakjubkan, anda hanya perlukan VEED
Tiada kad kredit diperlukan

Lebih daripada perisian rakam-siar skrin
VEED membolehkan anda melakukan lebih banyak daripada sekadar merakam dan berkongsi di skrin anda. Ia adalah alat penyuntingan dan penciptaan video semua dalam satu profesional. Ia sesuai untuk mencipta video yang kelihatan profesional dengan beberapa klik. Anda tidak perlukan sebarang pengalaman penyuntingan video. Cipta video menakjubkan yang anda boleh kongsi di media sosial dalam beberapa minit. Tambah imej, audio, teks dan sari kata ke video anda. Kami juga mempunyai perpustakaan stok audio dan video, templat, dan semua yang anda perlukan untuk mencipta video menakjubkan! Cuba VEED untuk semua keperluan rakaman dan penyuntingan anda hari ini.