Trusted by 1M+ creators

Penyunting MP3

Penyunting MP3 Dalam Talian. Percuma, mudah guna.

Tiada kad kredit diperlukan

Penyunting MP3

4.6

2,100+ Ulasan

Visa logo
Venture Foods logo
Merck logo
Target logo
Pentax logo
Procter & Gamble logo
Meta company logo with infinity symbol and text 'Meta' in gray.
Amazon logo with company wordmark and the brand's signature curved smile.
Google logo
BBC logo featured in VEED's customer showcases.
NBCUniversal
UBS logo with stylized snowflake symbol and text.
Netflix logo in gray lettering.
OpusClip logo
Elevenlabs logo

Sunting Fail MP3 Dalam Talian

Sedang mencari penyunting MP3 yang cepat dan mudah digunakan? Penyunting MP3 VEED adalah alat yang anda perlukan! VEED membolehkan anda menyunting, memotong, menggabungkan atau memisahkan runut MP3 dalam alat dalam talian yang sama secara percuma. Apa yang paling menarik adalah jika anda menaik taraf kepada PRO, anda boleh menghilangkan bunyi latar dari runut audio anda juga! Selain itu anda tidak perlu memuat turun dan memasang aplikasi. VEED juga membolehkan anda menyunting audio anda - memisahkan, memangkas dan menyusun semula klip audio dan menyimpannya sebagai satu fail MP3.

Penyunting MP3 VEED adalah percuma dan mudah digunakan. Hanya tarik dan lepas klip audio anda pada Garis Masa. Sunting audio anda dengan hanya beberapa klik!

Cara Menyunting Fail MP3

Langkah 01

Muat Naik MP3

Muat naik dua atau lebih fail audio MP3 ke penyunting dengan mengklik pada ‘Pilih Fail MP3’. Anda boleh menyeret dan meletakkannya dari folder ke tetingkap penyunting.

Langkah 02

Sunting

Selepas memuat naik fail MP3 anda, anda akan nampak halaman penyunting audio di mana anda boleh menyunting MP3 anda. Gunakan runut audio untuk memisahkan atau memendekkan MP3 anda. Untuk menambah lebih banyak klip audio, hanya klik pada tanda tambah (+) pada tetingkap suntingan di bahagian bawah sebelah kanan skrin.

Langkah 03

Eksport MP3

Hanya klik pada ‘Eksport’ dan audio MP3 baru anda akan dimuat naik ke peranti anda.

Penyunting fail MP3 dalam talian percuma

Penyunting MP3 VEED adalah percuma dan boleh diakses daripada sebarang jenis peranti. Terokai penyunting MP3 VEED di Windows, Mac, Linux dan semua peranti mudah alih. Ucapkan selamat tinggal kepada perisian atau aplikasi penyuntingan audio yang mahal.

Berfungsi dengan video

Keseronokan tidak terhenti dengan audio! VEED ialah alat penyuntingan multimedia yang membantu anda mencipta video yang menarik dengan hanya beberapa klik. Tambahkan video ke muzik atau muzik ke video atau hilangkan satu dari yang lain. Pilihan di tangan anda. Muat naik fail video menggunakan alat tarik & lepas dan mula menyunting serta-merta!

Berbilang format fail diterima

Penyunting audio serba guna VEED berfungsi dengan hampir setiap jenis fail - MP3, FLAC, WAV, OGG, dan banyak lagi! Tidak kita format audio yang anda muat naik, ia akan dieksport ke format yang anda pilih. Hanya klik pada jenis fail yang anda inginkan dalam pilihan Eksport.

Soalan Lazim

    1. Muat naik fail MP3 anda ke VEED
    2. Sunting panjang menggunakan runut video jingga di tetingkap bawah penyunting
    3. Tambahkan lebih banyak runut dengan mengklik ikon (+)
    4. Eksport MP3 dan kongsi
  • Bukan hendak bermegah, tetapi VEED sememangnya antara perisian penyuntingan lagu yang terbaik. Ini kerana ia memiliki semua ciri penting yang diperlukan untuk menyunting lagu. Anda boleh campurkan dan gabungkan runut, tukar format fail, amalah menghilangkan bunyi latar juga.

  • Ya, boleh! Buat klip audio anda bermain dengan lebih pantas atau lebih perlahan dengan mudah dari penyunting audio VEED. Klik pada audio dari Garis Masa dan pilih kelajuan yang anda mahu dari 0.5x, 1x, 2x dll. Atau anda boleh klik pada Tersuai dan masukkan kelajuan yang anda inginkan.

  • Anda boleh memuat naik lebih daripada satu fail MP3 di VEED. Hanya tekan (+) atau muat naik butang untuk menambah fail baharu. Fail MP3 anda yang telah disunting akan termasuk kandungan dari kedua-duanya.

Trusted by 1M+ creators

Apabila bercakap tentang video yang menakjubkan, anda hanya perlukan VEED

Tiada kad kredit diperlukan

Penyunting MP3

Lebih daripada penyunting MP3

Perisian penyuntingan audio kami sangat serba guna - padat dengan alatan yang anda boleh gunakan bukan sahaja untuk menggabungkan fail MP3 tetapi juga menyuntingnya dan menjadikan ia berbunyi profesional. Cipta runut audio berkualiti tinggi yang menarik yang anda boleh masukkan video pada senarai audio anda dan kongsikannya di media sosial. Semuanya dari pelayar anda.