Trusted by 1M+ creators
Penyambung MP4
Sambung, cantum video MP4 dalam talian. Percuma, mudah guna.
Tiada kad kredit diperlukan

4.6
2,100+ Ulasan















Penyambung MP4 Dalam Talian
Gabungkan berbilang video MP4 kepada satu MP4 menggunakan penyunting video dalam talian percuma. Cantumkan video anda terus dari pelayar anda. Anda tidak perlu memuat turun dan memasang aplikasi. VEED membolehkan anda menyunting video anda - pisah, trim dan susun semula klip video dan simpan sebagai satu video MP4. Cantumkan fail MP4 anda dengan kehilangan minima dalam kualiti video.
Anda juga boleh menambah imej, teks, sari kata dan melakukan lebih banyak lagi dengan video anda. Perisian penyuntingan video VEED adalah percuma dan mudah. Muat naik video anda, cantum dan sunting mengikut kemahuan anda dan muat turun sebagai satu fail MP4.
Cara Menggabungkan Fail MP4:
Langkah 01
Muat naik fail MP4 anda
Muat naik dua atau lebih video MP4 ke dalam penyunting dengan mengklik pada ‘Pilih Fail MP4’. Kemudian, pilih video anda. Tekan kunci Shift (Arahan untuk Mac) semasa mengklik pada berbilang fail untuk memilihnya. Anda juga boleh menarik dan melepaskannya dari folder anda ke tetingkap penyunting.
Langkah 02
Sunting atau tambahkan lebih banyak video
Selepas memuat naik video MP4 anda, anda akan nampak halaman penyunting video di mana anda boleh menyunting atau menambah lebih banyak video untuk dicantum. Untuk menambah banyak video, hanya klik pada tanda tambah (+) pada tetingkap penyuntingan di bahagian bawah sebelah kanan skrin.
Langkah 03
Eksport fail MP4 baru anda
Hanya klik pada ‘Eksport’ dan video MP4 baru anda akan dimuat turun ke peranti anda.
Ketahui Lebih Lanjut
Tutorial ‘Penyambung MP4’
Penyambung fail MP4 dalam talian percuma
Penyambung video MP4 dalam talian kami adalah percuma dan boleh diakses dari mana-mana pelayar. VEED berfungsi lancar dalam Windows, Mac, Linux dan semua peranti mudah alih. Tidak perlu membayar aplikasi mahal seperti Filmore.
Penyunting dan penukar video
VEED juga ialah perisian penyuntingan video lengkap. Anda boleh menambahkan bunyi, teks, dan melukis di atas video anda. Ia juga adalah penukar video - muat naik fail video lain seperti AVI, MOV atau WebM dan menukarkannya kepada MP4. Jadikan video anda sesuai dengan semua pemain media!
Tambah video baru dari kamera web
Anda juga boleh merakam video baru dari kamera web untuk digabungkan dengan dail MP4 anda yang telah dimuat naik. Hanya klik pada Muat naik atau klik ikon tambah (+) di tetingkap penyuntingan. Kemudian, pilih Rakam dari tetingkap timbul. Anda boleh mulakan rakaman dari kamera web anda.
Sambungkan video dalam pelbagai format
Anda boleh menambah dan menggabungkan video dalam sebarang format - MP4, AVI, MOV dan banyak lagi! Tidak kira apa format video yang anda muat naik, ia akan dieksport sebagai satu fai MP4.
Soalan Lazim
- Muat naik fail MP4 anda ke VEED
- Sunting atau tambah lebih banyak video untuk mencantumkan bersama-sama
- Eksport dan kongsi
VEED berfungsi lancar dalam Windows, Mac, and Linux serta iPhone, Android dan semua peranti mudah alih. Ia berfungsi di semua komputer meja dan pelayar mudah alih. Apa yang anda perlu buat adalah mengakses laman. Tidak perlu memasang aplikasi besar seperti pemain media VLC!
Ya, anda boleh! Buat video anda dimainkan lebih cepat atau lebih perlahan dengan mudah terus dari penyunting video VEED. Klik pada video dari tetingkap penyuntingan dan pilih kelajuan yang anda inginkan dari 0.5x, 1x, 2x, dsb atau anda boleh klik pada Tersuai dan masukkan kelajuan yang anda inginkan.
Kualiti video akan bergantung pada tetapan pemampatan yang anda pilih sebelum mengeksport video anda. Anda boleh mengeksportnya dalam HD, malah 4K, tetapi failnya biasanya akan lebih besar.
Ketahui lagi
Trusted by 1M+ creators
Apabila bercakap tentang video yang menakjubkan, anda hanya perlukan VEED
Tiada kad kredit diperlukan

Lebih daripada penyambung MP4
Perisian penyuntingan video kami sangat serba boleh - padant dengan alatan yang anda boleh gunakan bukan sahaja untuk mencantumkan fail MP4 tetapi juga menyuntingnya dan menjadikannya kelihatan professional. Cipta video HD yang menawan yang anda boleh kongsi di media sosial. Anda juga boleh trim, pangkas, dan ubah saiz video anda untuk platform perkongsian video berbeza. Semuanya dari pelayar anda!