Trusted by 1M+ creators
Penggabung GIF
Gabung, cantum berbilang fail GIF. Percuma dan Dalam Talian!
Tiada kad kredit diperlukan

4.6
2,100+ Ulasan















Pembuat GIF dan Penggabung Dalam Talian
Adakah anda mempunyai berbilang GIF swagerak yang anda ingin gabungkan? Anda boleh menggunakan pembuat GIF dan penyunting VEED untuk mencantumkannya dan buat imej GIF swagerak baru! Muat naik fail GIF anda dan trim, pisah, dan sambung fail untuk mencipta imej swagerak baru. Anda boleh melakukan semuanya pada pelayar anda. Tidak perlu memuat turun dan memasang aplikasi. VEED semuanya dalam talian.
Kami juga mempunyai banyak alatan penyuntingan video yang anda akan menggunakan untuk membuat bukan sahaja GIF tetapi juga video hebat. Jika anda inginkan, anda boleh menambahkan audio ke GIF anda dan tukarkannya kepada video - eksport sebagai MP4! Anda boleh menambahkan imej, teks, sari kata dan banyak lagi.
Cara Membuat GIF dengan Menggabungkan Berbilang GIF:
Langkah 01
Muat naik fail GIF anda
Pilih dua atau lebih imej GIF swagerak untuk dimuat naik ke penyunting selepas mengklik pada ‘Pilih Fail GIF’. Kemudian, pilih GIF anda. Pastikan untuk menekan kunci Shift (Arahan untuk Mac) semasa memilih berbilang fail. Atau tarik dan lepaskannya dari folder anda ke tetingkap penyunting.
Langkah 02
Sunting atau tambahkan lebih banyak imej GIF
Selepas memuat naik imej GIF, anda akan dibawa ke penyunting video di mana anda boleh menyunting atau menambah lebih banyak GIF untuk menggabungkannya bersama. Untuk menambah lebih banyak imej, hanya klik pada tanda tambah (+) pada tetingkap penyuntingan, di bahagian bawah sebelah kanan skrin.
Langkah 03
Eksport GIF swagerak baru anda
Kini anda boleh memuat turun imej swagerak sebagai satu fail GIF. Hanya klik pada ‘Eksport’ dan imej GIF anda akan disimpan pada peranti anda.
Ketahui Lebih Lanjut
Tutorial ‘Buat GIF dengan Menggabungkan Berbilang GIF’
Pembuat, penyunting, dan penggabung GIF dalam talian percuma
Aplikasi penggabung GIF kami semuanya adalah dalam talian dan sangat mudah digunakan. Buat GIF baru menarik dengan menggabungkan fail GIF anda yang ada - terus dari pelayar anda. VEED berfungsi lancar dalam Windows, Mac, Linux, iPhone, Android dan semua peranti mudah alih. Tidak perlu memasang perisian dalam komputer atau telefon mudah alih anda.
Tambah audio dan buat video dari GIF
Selain daripada membuat GIF baru, anda juga boleh menggunakan alatan penyuntingan video kami untuk menambah audio ke dalam fail GIF anda untuk membuat video MP4. Semua yang anda perlu lakukan adalah mengklik pada butang tambah (+) pada tetingkap penyuntingan atau klik pada Muat Naik dari menu kiri. Anda boleh menambahkan seberapa banyak klip audio yang anda inginkan. Lihat GIF swagerak anda bertukar kepada video!
Rakam video segar dari kamera web anda
Bercakap mengenai alatan penyuntingan video, VEED juga membolehkan anda merakam video daripada kamera web anda. Adakah anda ingin menambah video segar pada GIF anda dan menukarkannya kepad afail video tunggal? GIF dan penyunting video kami telah menjadikannya lebih mudah! Hanya klik pada Muat Naik dan pilih Rakam dari tetingkap timbul. Anda boleh memulakan rakaman dari kamera web anda.
Soalan Lazim
- Muat naik imej GIF atau tarik dan lepaskannya ke penyunting
- Sunting atau tambahkan lebih banyak GIF dengan mengklik pada Muat Naik atau ikon tambah (+) dari tetingkap penyuntingan
- Muat turun dan kongsi
Walaupun anda membuat GIF dengan animasi yang bertahan sehingga 15 saat atau lebih, (adakalanya, ia boleh menjadi selama 60 saat), adalah baik untuk kekalkan GIF swagerak anda pada tidak lebih daripada 6 saat. Ini mengoptimumkannya untuk media sosial.
Pada penyunting video, anda boleh mengubah kelajuan animasi GIF anda. Masukkan kelajuan yang anda inginkan pada ruang yang disediakan atau klik pada butang yang menyebut 2x, 3x. dll.
GIF adalah singkatan bagi Format Saling Tukar Grafik (GIF). Ia adalah yang pertama sekali dibangunkan oleh saintis komputer pada lewat 80-an. Terdapat banyak percanggahan pendapat mengenai sebutan GIF - sama ada ‘G’ sepatutnya disebut sebagaimana dala ‘giraffe’ atau dalam ‘goat’. Tiada satu pun keputusan yang menyatukan dalam sebutannya.
Ketahui lagi
Trusted by 1M+ creators
Apabila bercakap tentang video yang menakjubkan, anda hanya perlukan VEED
Tiada kad kredit diperlukan

Lebih daripada penggabung GIF
VEED bukan sahaja membolehkan anda menggabungkan fail GIF dan membuat imej GIF swagerak baru. Anda juga boleh menggunakan penyunting audio dan videonya untuk menghasilkan video daripada GIF. Atau melakukan sebaliknya! Anda boleh membuat GIF daripada satu atau lebih fail video. Ia adalah penukar video, penyunting, pemampat ringkas, mudah guna semua dalam satu!