Trusted by 1M+ creators
Perakam Gelombang Bunyi
Rakam audio dan cipta gelombang bunyi, percuma. Dalam Talian.
Tiada kad kredit diperlukan

4.6
2,100+ Ulasan















Rakam Audio dan Jana Gelombang Bunyi
Adakah anda ingin merakam suara anda atau muzik dan jana gelombang bunyi untuk rakaman anda? Gunakan perakam audio VEED dan tukarkannya kepada video muzik dengan gelombang bunyi padanya. Apa yang anda perlu lakukan adalah klik pada ‘Rakam Gelombang Bunyi’, dan pilih Rakaman Audio serta mula menangkap suara atau muzik! Selepas itu, anda boleh memilih daripada pelbagai pilihan luas templat gelombang bunyi untuk ditambahkan dalam rakaman anda.
Cara Merakam Gelombang Bunyi:
Langkah 01
Rakam audio baru
Klik pada ‘Rakam Gelombang Bunyi’, kemudian klik pada ‘Rakam’. Pilih ‘Audio Sahaja’. Anda juga mempunyai pilihan untuk merakam skrin dan kamera web anda.
Langkah 02
Tambah gelombang bunyi
Apabila rakaman anda selesai, klik pada ‘Elemen’ di menu kiri dan pilih dari templat gelombang bunyi di bawah Gelombang Bunyi.
Langkah 03
Eksport
Rakaman anda akan disimpan sebagai video MP4. Klik pada ‘Eksport’ dan anda selesai!
Ketahui Lebih Lanjut
Tutorial ‘Rakam Gelombang Bunyi’
Rakam audio, skrin dan kamera web anda
Selain daripada merakam audio, anda juga boleh merakam skrin komputer dan kamera web anda. Ini bagus untuk membuat pembentangan atau video walkthrough. Namun anda juga boleh kekal dengan merakam audio sahaja. Hanya klik pada Rakam dan pilih mod rakaman yang anda suka. Pastikan anda memberikan kebenaran kepada VEED untuk mengakses mikrofon anda.
Perakam gelombang bunyi dalam talian percuma
Anda boleh menggunakan perakam gelombang bunyi kami tanpa perlu mendaftar langganan. Jika anda mahu, anda boleh membuka akaun supaya anda boleh menyimpan semua rakaman dan suntingan video dalam satu tempat tetapi ia tidak diperlukan. Semualatan boleh diakses dalam talian jadi tidak perlu memasang sebarang perisian. Semuanya menjadi mudah dan selesa!
Bersihkan rakaman anda
Selepas anda merakam audio anda, anda juga mempunyai pilihan untuk meningkatkan kualiti audio. Hanya satu klik sahaja. Pilih fail audio pada garis masa, klik ‘Bersihkan Audio’, dan VEED akan meningkatkan suaranya secara automatik untuk anda.
Soalan Lazim
- Klik pada ‘Rakam Gelombang Bunyi’ dan pilih Rakam untuk memulakan
- Tambahkan gelombang bunyi dengan mengklik pada ‘Elemen’ di menu kiri. Pilih dari templat di bawah Gelombang Bunyi
- Eksport dan kongsi!
Sudah tentu! Sebaik sahaja anda selesai merakam, anda boleh pisah, trim dan potong faila audio anda. Susun semula klip di mana-mana anda inginkan pada garis masa. Apa yang diperlukan adalah beberapa klik dan beberapa tindakan seret dan letak.
Ya, anda boleh! VEED berfungsi dalam komputer Mac, Windows dan Linux. Ia bekerja dengan lancar dalam iPhone, Android dan semua peranti mudah alih.
Ya - dan ia sangat senang untuk dilakukan! Jika anda hanya mahu menambah gelombang bunyi di beberapa bahagian rakaman, apa yang anda perlu buat adalah memisahkan fail audio kepada beberapa bahagian dan tambahkan gelombang bunyi hanya dalam klip tertentu. Pisahkan audio dengan menyeret dan meletakkan playhead di lokasi pilihan anda. Klik pada alat ‘Pisah’ betul-betul di atas garis masa.
Trusted by 1M+ creators
Apabila bercakap tentang video yang menakjubkan, anda hanya perlukan VEED
Tiada kad kredit diperlukan

Lebih daripada perakam gelombang bunyi
Anda boleh melakukan lebih banyak daripada sekadar menambahkan gelombang bunyi dalam rakaman dengan VEED. Ia adalah perisian penyuntingan video lengkap dan berkuasa yang membolehkan anda merakam kamera web dan skrin anda. Apabila rakaman anda selesai, anda boleh menukar kerja anda kepada video muzik yang menyeronokkan. Tambah imej, kapsyen, teks, dan sari kata. Anda juga boleh memutar, memangkas, dan mengubah saiz video anda supaya muat dalam tapak media sosial berbeza. Semua ini dan banyak lagi, terus dari pelayar anda!