Trusted by 1M+ creators

Pembuat Video Perniagaan

Buat video perniagaan hebat untuk syarikat anda dalam talian.

Tiada kad kredit diperlukan

Pembuat Video Perniagaan

4.6

2,100+ Ulasan

Visa logo
Venture Foods logo
Merck logo
Target logo
Pentax logo
Procter & Gamble logo
Meta company logo with infinity symbol and text 'Meta' in gray.
Amazon logo with company wordmark and the brand's signature curved smile.
Google logo
BBC logo featured in VEED's customer showcases.
NBCUniversal
UBS logo with stylized snowflake symbol and text.
Netflix logo in gray lettering.
OpusClip logo
Elevenlabs logo

Buat video perniagaan percuma untuk syarikat anda dalam talian

Penyunting video percuma VEED membolehkan anda mencipta video-video perniagaan berkuasa untuk syarikat anda. Sama ada anda adalah perniagaan kecil atau perlu membuat video untuk kerja, anda boleh menggunakan VEED untuk membuat video perniagaan berkuasa dengan mudah. Anda tidak memerlukan sebarang pengalaman menyunting video. Ia jauh lebih baik daripada mengupah penyunting video profesional yang menelan belanja yang besar. Anda boleh membuat video promosi, iklan video dan banyak lagi. Penyuntingan video menjadi lebih mudah dengan VEED dan ia adalah percuma! Perisian penyuntingan video kami adalah berasaskan pelayar jadi anda tidak perlu memuat turun aplikasi. Akses projek video anda dalam talian - pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja! Membuka akaun adalah pilihan tetapi membukanya akan membolehkan anda menyimpan semua projek anda dalam satu tempat.

Cara Membuat Video Perniagaan:

VEED editor showing content editing options: Add Text (highlighted), Images, and Music.

Langkah 01

Muat Naik

Muat naik video anda ke VEED. Ia sangat mudah. Hanya tarik dan lepaskan fail-fail anda ke dalam penyunting.

VEED's Avatar Selector for choosing an AI presenter for video ads, showing four diverse avatar options.

Langkah 02

Sunting

Mula menyunting video perniagaan anda. Anda boleh letakkan teks, imej, logo dan banyak lagi. Potong, pangkas dan pisahkan video anda. Tambahkan muzik dan banyak lagi.

VEED's Magic Cut button with lightning icon, ready to click for quick video editing.

Langkah 03

Eksport

Apabila anda berpuas hati dengan video perniagaan anda, klik pada ‘Eksport’. Muat turun video anda dalam format yang anda mahu.

Ketahui Lebih Lanjut

Tutorial ‘Video Perniagaan’

VEED's Brand Kit tool for setting color, logo, and font styles to maintain consistent branding across videos.

Video tampak Profesional dalam beberapa minit

Video perniagaan perlu kelihatan disunting secara profesional dan VEED boleh membantu anda membuat video yang kelihatan profesional dalam beberapa minit sahaja. Anda tidak perlu mengupah penyunting video; anda boleh melakukan semuanya dalam talian sendiri dengan hanya beberapa klik. Tambahkan penyaring video dan kesan kamera pada video anda. Selain itu, anda boleh memuat turunnya dalam kualiti tinggi. Ia adalah cara hebat untuk menarik perhatian rakan sekerja anda di tempat kerja atau menghantar video anda di laman media sosial syarikat anda. Video anda akan kelihatan luar biasa cantik dengan menggunakan perisian penyuntingan video dalam talian percuma kami.

Social media content card for '9 tricks to make flowers last longer' displaying 4.6K post reach with upward engagement trend.

Optimumkan video perniagaan anda untuk media sosial

Anda boleh mengoptimumkan video perniagaan anda untuk sebarang halaman media sosial. Anda tidak perlu memotong dan memangkas video anda secara manual; VEED boleh melakukan semuanya dengan hanya satu klik. Pilih sahaja saiz atau platform dari tetapan dan VEED akan mengubah saiz video anda secara automatik. Cipta video yang sedia untuk dihantar di Facebook, Instagram, YouTube dan platform perkongsian video yang lain. Ia adalah cara hebat untuk membuat kempen kesedaran jenama dan kempen pemasaran yang menjana tontonan, suka dan keseluruhan penglibatan!

VEED's Auto Subtitles feature generating captions for a recruitment video in the editor.

Tambah teks, sari kata dan banyak lagi

Teks dan sari kata juga adalah elemen utama dalam video perniagaan. Ini sangat membantu terutamanya kepada penonton yang suka membaca semasa menonton. Sesetengah orang belajar lebih baik dengan membaca jadi ia penting untuk anda menambahkan elemen ini pada video perniagaan anda. VEED boleh menjana sari kata untuk anda secara automatik. Hanya klik pada tab Sari Kata di bahagian atas sebelah kiri dan klik Sari Kata Automatik. Lihat kata-kata anda muncul secara magis di skrin anda! Anda mungkin perlu menyunting beberapa baris tetapi ia hanya mengambil masa beberapa minit berbanding menaipnya secara manual selama berjam-jam lamanya.

Soalan Lazim

  • Muat naik video anda ke VEED dan mulakan penyuntingan. Anda boleh menambah imej, teks, muzik dan semua elemen lain yang anda mungkin perlukan untuk video perniagaan anda. Eksport video anda dalam format yang anda suka.

  • Selain daripada video perniagaan, anda juga boleh membuat video korporat di VEED. VEED tidak memerlukan anda membuka akaun untuk menggunakan semua alatan penyuntingan kami. Hanya muat naik video anda, sunting dan muat turun dalam format yang anda suka!

  • Anda juga boleh membuat profil video untuk perniagaan atau syarikat anda. Video jenis ini adalah sangat penting untuk memberitahu orang ramai mengenai perniagaan anda dan memandu mereka ke laman web atau laman media sosial anda.

  • Walaupun terdapat banyak pencipta video dan penyunting aplikasi di luar sana, VEED menyerlah kerana ia mudah diguankan dan praktikal. Ia adalah percuma untuk digunakan dan sangat mudah untuk dinavigasi. Hampir tiada kesilapan semasa belajar!

  • VEED ialah perisian penyuntingan video dalam talian. Anda tidak perlu memuat turun sebarang aplikasi! Ia mempunyai semua alatan penyuntingan yang anda perlukan - terus dari pelayar anda.

  • VEED ialah tempat terbaik untuk membuat dan menyunting video dalam talian. Membuka akaun adalah pilihan tetapi membukanya akan membolehkan anda mengakses projek-projek anda dalam satu tempat dari sebarang peranti.

Trusted by 1M+ creators

Apabila bercakap tentang video yang menakjubkan, anda hanya perlukan VEED

Tiada kad kredit diperlukan

Pembuat Video Perniagaan

Lebih daripada pembuat video perniagaan

Sama ada anda membuat video perniagaan untuk pembentangan, pemasaran, pengiklanan, atau keluaran produk, VEED ialah perisian terbaik untuk digunakan sebagai penyuntingnya. Cipta video korporat yang berkuasa dan kelihatan profesional dengan hanya beberapa klik. Sebagai tambahan, anda boleh menukar video anda kepada sebarang format yang anda perlukan. Muat turun sebagai MP4, AVI, MOV dan jenis fail video popular yang lain. Anda juga boleh memampatkan video anda supaya ia lebih mudah untuk dikongsi!