Trusted by 1M+ creators
Pembuat Video Pendidikan
Perisian mencipta video yang mudah dan percuma untuk sekolah
Tiada kad kredit diperlukan

4.6
2,100+ Ulasan















Buat video untuk pembelajaran. Dalam talian, percuma
Adakah anda sedang mencari cara baru untuk menarik perhatian pelajar anda dan membuatkan mereka lebih suka belajar? Salah satu bahan terbaik yang anda boleh sediakan yang memberi maklumat dan menarik pelajar ialah video mengajar. Dengan menggunakan penyunting video percuma VEED, anda boleh membuat video pendidikan dan bermaklumat dalam beberapa minit. Buat bahan pengajaran anda terus dari pelayar anda. Anda tidak perlu memasang aplikasi.
Anda boleh merakam diri anda di depan papan putih atau papan hitam atau rakam skrin anda dan kamera web untuk video pengajaran di komputer meja. Skrin VEED dan perakam kamera web membolehkan anda melukis di atas skrin anda semasa membuat rakaman, menjadikannya mudah untuk anda menunjukkan perkara penting dalam media pendidikan anda.
Cara Membuat Video Pendidikan:

Langkah 01
Muat naik atau rakam video anda
Muat naik video yang telah anda rakam ke VEED atau anda boleh rakam kamera web anda menggunakan alatan perakam kami.

Langkah 02
Sunting
Sekarang anda boleh menyunting video anda untuk menjadikannya sesuai untuk pengajaran. Tambahkan teks, imej, bentuk, lukisan dan banyak lagi.

Langkah 03
Muat turun
Muat turun video anda dalam format yang anda inginkan. Anda boleh mengeksportnya sebagai MP4, AVI, MOV, dan banyak lagi.
Ketahui Lebih Lanjut
Tutorial ‘Video Pendidikan’

Gunakan video stok VEED dan peribadikannya
Jika anda tidak dapat merakam video, anda boleh memilih daripada koleksi video stok kami dan peribadikannya untuk menukarnya kepada video pendidikan. Dengan video stok kami, anda tidak perlu bimbang mengenai rakaman filem. Apa yang anda perlu tambah adalah teks dan imeh untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar anda. Masukkan imej infografik, graf, carta dan banyak lagi. Gunakan alat Bentuk kami dan masukkan teks ke dalamnya untuk menjadikan video anda mengujakan kepada para pelajar anda. Malah anda juga boleh menambah lukisan menggunakan alat Berus kami!

Tambah audio, kesan bunyi, dan banyak lagi
Menambah muzik pada video pendidikan anda adalah cara lain untuk menarik perhatian pelajar anda dan membantu mereka mempelajari pelajaran yang anda telah sediakan. Jika anda tiada bahan audio anda sendiri, anda boleh memasukkan muzik tanpa royalti dari banyak perpustakaan dalam talian. Ini akan meningkatkan pengalaman tontonan pelajar anda. Ia sangat mudah untuk menambah muzik menggunakan perisian penyuntingan video percuma VEED. Hanya klik pada butang Muat Naik atau klik pada ikon tambah (+) di bahagian bawah sebelah kanan penyunting dan pilih fail audio anda. Sama juga semasa menambah kesan bunyi.

Muat turun dan kongsi dengan mudah
VEED menjadikannya mudah untuk anda memuat turun dan berkongsi video pendidikan anda semasa anda selesai menyuntingnya. Pilih daripada banyak pilihan muat turun bagi memastikan yang video anda boleh dimainkan dalam pemain media sekolah atau pelajar anda. Anda boleh memuat turun video anda dalam format MP4, AVI, MOV, MKV dan jenis fail video popular lain. Putar, potong, dan ubah saiz video anda jika anda mahu untuk menjadikannya sesuai dengan tapak media sosial berbeza seperti Facebook dan Instagram. Malah anda juga boleh memampatkannya untuk menjadikan saiz failnya lebih kecil dan kongsikannya di mana-mana sahaja dengan mudah!
Soalan Lazim
Perisian terbaik yang anda boleh gunakan untuk mencipta video pendidikan ialah VEED. Ia percuma dan menampilkan antara muka pengguna yang lancar dan mesra pemula. Ia berfungsi terus dari pelayar anda!
Tidak kira tahap gred kelas anda, antara cara terbaik untuk menjadikan video pendidikan anda menarik adalah menjadikannya jelas, ringkas dan padat. Memasukkan semua maklumat yang diperlukan tetapi pakejkannya dalam klip yang ringkas dan mudah difahami.
Video pendidikan anda harus pendek dan ke arah matlamat pembelajaran kelas anda. Cuba pelajari gaya pembelajaran pelajar anda dan masukkan elemen yang membantu anda memahami pelajaran dengan lebih mudah seperti kapsyen, imej dan banyak lagi.
Jika pelajaran anda telah disediakan dan bahan anda sudah tersedia, anda boleh menyatukannya di VEED dalam masa beberapa minit. Ia hanya memerlukan beberapa klik.
Kuncinya adalah jadikannya seimbang. Pastikan untuk memasukkan elemen yang cukup seperti suara latar, teks dan imej - jadikan setiap satu minimum supaya tidak membebankan pelajar anda.
Di VEED, ia hanya akan mengambil kira-kira 3 - 15 minit untuk mencipta dan menyunting video 5 minit. VEED menampilkan antara muka yang sangat mesra pengguna!
Trusted by 1M+ creators
Apabila bercakap tentang video yang menakjubkan, anda hanya perlukan VEED
Tiada kad kredit diperlukan

Lebih daripada video pendidikan
VEED menampilkan lebih banyak daripada sekadar penciptaan video untuk tujuan pendidikan. Anda akan temui banyak alatan premium untuk membuat video yang kelihatan profesional walaupun anda tidak mempunyai sebarang pengalaman menyunting video. Antara muka pengguna kami sangat mesra pengguna. Semuanya hanya dengan beberapa klik sahaja. Anda boleh membuat video untuk acara istimewa, video ucapan, video tamat pengajian, dan banyak lagi! Malah anda tidak perlu memuat turun sebarang perisian; ia berfungsi terus dari pelayar anda.